Nora Danish Dituduh Syirik, Disuruh Bertaubat Segera
Friday, January 21, 2022
Tindakan Nora Danish memuat naik sedutan rakaman di set penggambaran mendapat kecaman warganet.
Menerusi video itu, Nora dilihat menyertai majlis perkahwinan mengikut adat India di mana pasangan pengantin mengelilingi 'api suci'.
Walaupun ramai memuji kecantikan Nora ketika itu, video berlatarbelakangkan patung-patung di kuil juga membuat warga maya berkata-kata kurang enak.
Malah, ada yang meminta Nora bertaubat sebelum terlambat.
Sumber: CARI