'Orang minyak' berbogel berkeliaran dalam rumah dirakam CCTV

'Orang minyak' berbogel berkeliaran dalam rumah dirakam CCTV
Share
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tanpa pakaian berkeliaran di sebuah rumah dikatakan berlaku di kawasan Seksyen 20, Shah Alam. - Foto Sinar Harian

TULAR di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian dan memakai pelitup muka dipercayai memecah masuk sebuah rumah dalam kejadian di Shah Alam pada Sabtu.

Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu, lelaki terbabit yang turut didakwa sebagai orang minyak dilihat berkeliaran di ruang tamu dan memasuki bilik rumah terbabit sambil memegang lampu suluh.

"Perkongsian untuk semua, kejadian berlaku di kawasan Seksyen 20. Orang minyak datang kembali.

"Manusia menceroboh dan mencuri di rumah dalam keadaan berbogel, waktu lebih kurang 5 hingga 6 pagi," menurut keterangan video dikongsikan menerusi kumpulan WhatsApp pada Isnin.

Menerusi keterangan video, kejadian dikatakan berlaku di taman perumahan Seksyen 20, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyemak berhubung penyebaran video terbabit.

Beliau memaklumkan, setakat ini belum ada pihak yang tampil membuat laporan berhubung kejadian.

Artiker oleh Sinar Harian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel