Sampai Terteleng Intai Perempuan Joget, Kan Dah Kena Tampar Dengan Awek!
Thursday, January 13, 2022

Seorang lelaki menarik perhatian netizen apabila ditampar pasangannya ketika leka menyaksikan seorang gadis menari, lapor Suara.com.
Video dimuat naik ke akaun TikTok @annisasuvia itu memaparkan seorang wanita bertudung merah jambu sedang menari di sebuah pusat membeli-belah.
Seorang lelaki kemudian dilihat berjalan di bahagian belakang kawasan menari tersebut bersama pasangannya.
@annisasuvia mana cowonya abis ditabok ngelirik lagi
♬ These Days - Nico
Lelaki itu ditampar oleh pasangannya ketika cuba menonton tarian yang dilakukan gadis berkenaan.
Mereka kemudiannya dilihat beredar dari kawasan tersebut.
Sumber: Kosmo