Tolong Caprice, Dia Tak Tahu Macam Mana Nak Katakan 'Tidak' Pada Anaknya

Tolong Caprice, Dia Tak Tahu Macam Mana Nak Katakan 'Tidak' Pada Anaknya
Share

Muat naik terkini usahawan dan penyanyi rap terkenal tanah air, Caprice, menarik perhatian orang ramai terutama golongan ibu bapa di media sosialnya.

Caprice berkongsi teguran isterinya tentang cara penyanyi rap ini sering memanjakan anak perempuan mereka, boleh menyebabkan puteri cilik ini menjadi anak yang nakal bila besar nanti.

Menerusi perkongsian usahawan selebriti ini di Instagram, semenjak bergelar sebagai bapa kepada anak tirinya itu Caprice akui sukar untuk bertegas dengan anak yang manja.

"Mak dia selalu risau kalau saya mula berkata tidak, dia akan membesar menjadi anak yang manja. Apa pendapat anda? Bagaimana untuk katakan tidak pada kanak-kanak secomelnya?" - tulisnya di Instagram.
Perkongsian selebriti ini menarik perhatian orang ramai, dan rata-rata memberi komen nasihat yang lebih kurang serupa di ruangan komen posting nya itu.

Sumber: Murai

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel