Ada Yang Tak Puas Hati Ezurin Khyra Cerai Dengan Bekas Suami
Tuesday, February 8, 2022

Ikon fesyen ternama Malaysia yang juga merupakan bintang dalam program The House, Ezurin Khyra seringkali menjadi perhatian.
Ezurin merupakan ibu tunggal yang pernah berkahwin dengan Tunku Datuk Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah dan dikurniakan lima anak hasil perkahwinannya.
Di Instagram, personaliti ini menerima soalan daripada netizen yang tertanya-tanya sebab penceraiannya.
Ada netizen yang mengakui dia tak dapat menerima Ezurin bercerai dengan bekas suami kerana mereka berdua kelihatan baik antara satu sama lain.
Ezurin kata dia dan bekas suami telah mempunyai cinta yang terbaik untuk satu sama lain iaitu lima orang anaknya.
Tambahanya dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk bekas suami dan begitu juga sebaliknya.
Sumber: Forum CARI