“Bukan Isteri Arwah Abam Yang Kejar Harta Tetapi Plaintif..” – Hakim

“Bukan Isteri Arwah Abam Yang Kejar Harta Tetapi Plaintif..” – Hakim
Share

Umum mengetahui, selepas dua tahun akhirnya balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Zulqarnain Hassan berkata pihak mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.

“Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Hakim Zulqarnain Hassan.

Baca Juga

Plaintif tersebut terdiri daripada ibu Abam iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, kakaknya Sharifah Nor Wahidah dan Ali Puteh.

Zulkarnain berkata lagi, ianya jelas pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.

”Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.

“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak mahkamah berpuas hati mengenai keadaan ketika itu pasti menyedihkan bagi isteri Allahyarham yang berada dalam keadaan tertekan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel