Dihalau Keluar Rumah Sewa, Tular Video Pengguna TikTok Tuduh Polis ‘Corrupt’ Dicari

Dihalau Keluar Rumah Sewa, Tular Video Pengguna TikTok Tuduh Polis ‘Corrupt’ Dicari
Share

Baru-baru ini tular, seorang wanita yang memuat naik video menerusi laman TikTok miliknya yang menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap pemilik rumah yang membuat laporan polis terhadapnya.

Menurut laporan Utusan, pengguna wanita itu kini sedang dikesan polis selepas membuat dakwaan ‘polis korup’ dalam akaun itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tindakan wanita berkenaan dikatakan akibat tidak berpuas hati apabila dihalau keluar dari rumah sewanya di Pangsapuri Sri Alam.

Pemilik asal rumah membuat laporan polis kerana suspek didapati enggan keluar daripada rumah.

Dalam video berdurasi 35 saat itu menunjukkan, seorang pegawai polis menjelaskan kepada penyewa bahawa rumah itu perlu dikosongkan segera memandangkan pemilik telah meminta penyewa berbuat demikian. 

Tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik yang membabitkan pihak berkuasa, individu terbabit merakam dan memuat naik video tersebut dengan kapsyen fitnah berbaur fitnah.

"Polis corrupt sekarang masuk line property lak. Hati-hati guys kalau nak sewa rumah. Check habis-habis sapa. Sekarang ni family pun tak boleh percaya. Kalau saya salah, gari je lah. 

Menurut Baharudin, pemilik rumah membuat laporan polis memaklumkan dia telah membenarkan wanita berkenaan menghuni secara ihsan, namun sudah pun memberi notis selama dua bulan supaya dia berpindah.
Bagaimanapun, jelas Baharudin, polis sedang mengesan wanita terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Hazimah di talian 03-55202222.

SUMBER : Utusan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel