"Kesian Dia Kurang Popular, Nak Tumpang Populariti Kak KM" - Perli Liza Hanim?

"Kesian Dia Kurang Popular, Nak Tumpang Populariti Kak KM" - Perli Liza Hanim?
Share
Umum sedia maklum keseksian dan perangai gila-gila Kak KM atau Liana Rosli hingga membuat ramai kurang senang.

Kemuncaknya apabila dia memuat naik video menyusukan anaknya di secara public di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Seperti biasa, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu tidak lut di kecaman, kritikan dan kejian.

Ini termasuklah penyanyi Liza Hanim yang menegur perbuatannya itu. Bukan mengambil positif apa yang disampaikan, sebaliknya Kak KM menyindir Liza sengaja membuat teguran itu kerana ingin menumpang popularitinya.

"Nenek kau terpanggil konon. Kau boleh je tak nak komen apa-apa, tapi kenapa kau komen juga? "Itu namanya busy body," katanya.

TEGURAN terbuka Liza Hanim terhadap usahawan kontroversi menjadi perhatian ramai terutamanya para netizen di media sosial.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini, ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.

“Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).

“Namun, sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.

“Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar.

“Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.

“Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga,” luah Liza Hanim.

Sumber: Forum Cari

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel