Netizen Tegur Hannah Delisha, Suruh Jaga Aurat

Netizen Tegur Hannah Delisha, Suruh Jaga Aurat
Share

Mana-mana selebriti tidak akan pernah terlepas dari pandangan mata tajam warga maya. Sama ada lelaki atau perempuan, isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan dengan aurat mereka.

Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha turut menerima teguran daripada netizen yang mengingatkannya agar menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.

Memuat naik video dirinya yang sedang berjalan seperti model memperagakan busana, Hannah yang memakai baju hitam berlengan panjang dengan belahan leher berbentuk V dipadankan dengan skirt labuh bercorak bunga-bunga, bagaimanapun membuka ruang untuk netizen bercakap mengenai aurat.

Baca Juga


Ada yang meminta agar dia melonggarkan pakaiannya dan ada juga yang menegur cara wanita itu memakai tudung kerana gaya berkenaan menyebabkan bahagian lehernya terdedah.

Aktres yang meledak dengan drama Mencintaimu Mr.Photographer itu mula berhijab pada penghujung 2020. Dia mendirikan rumah tangga bersama Imam Shah  pada Februari 2021. 
Pelakon ini adalah antara anak seni yang masih mengekalkan imej bersih. Kontroversi paling panas yang pernah melanda Hannah adalah dakwaan wanita itu berkahwin tanpa restu dari ibu kandungnya.

close
Sumber Forum CARI (tatod)

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel