“Pasal agama dan peribadi..” Sharifah Sakinah Dah Kahwin Dengan Jejaka Mat Salih

“Pasal agama dan peribadi..”
Sharifah Sakinah Dah Kahwin Dengan Jejaka Mat Salih
Share

Hubungan antara pelakon Sharifah Sakinah dengan jejaka mat salih, Michael Hansen, kini bukan lagi rahsia apabila wanita itu tampil mengumumkan mereka sudah berkahwin.

Berkongsi perkara itu menerusi muat naik baharu di Instagram, Sakinah bagaimanapun tidak  mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden yang dikenalinya sejak 2020.

Atas alasan peribadi, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 32, terpaksa merahsiakan hal itu daripada pengetahuan orang ramai.

"Ya kami dah berkahwin.. Kepada mereka yang tertanya-tanya mengapa saya tidak mengumumkannya ia adalah kerana isu peribadi dan hal agama.”

"Sebelum ini, kami rahsiakan tetapi sekarang kami sedia untuk dedahkan perkara itu secara rasmi," katanya.

Mac tahun lalu, Sakinah membuat kenyataan sudah bertunang dengan jejaka Sweden itu dan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mei bersempena ulang tahun kelahirannya dan Michael.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan mempunyai seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Perkahwinan Sakinah dan Aliff bagaimanapun terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020. 

Sumber: CARI


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel