"Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Dikunci,"- Nasib Baik Cepat, Cubaan Culik Gagal
Thursday, February 24, 2022

Baru-baru ini tular di Facebook, rakaman yang memaparkan cubaan menculik kanak-kanak di perkarangan rumah.
Difahamkan, cubaan menculik itu berlaku apabila 2 orang lelaki bermotorsikal cuba menculik dua orang kanak-kanak yang sedang bermain di perkarangan rumah dengan pintu pagar rumah yang tidak dikunci.
Lelaki itu dilihat memberhentikan motosikal dan berpura-pura untuk bertanyakan sesuatu kepada seorang wanita yang sedang menjaga kanak-kanak itu.
Kemudiannya, wanita itu masuk ke dalam rumah dan seorang orang lelaki itu cuba memecah masuk rumah dengan melalui pintu pagar yang tidak berkunci itu. Tetapi wanita itu pantas menarik kedua-dua kanak-kanak itu daripada penculik tersebut dan kedua-dua lelaki itu terus memecut dari tempat kejadian.
Ramai netizen risau kerana cubaan yang amat berani manusia yang nampaknya tidak takut dan semakin berani melakukan jenayah secara terbuka.
Ada yang memberi pesanan agar sentiasa menguci pintu pagar dan sentiasa mengawasi kanak-kanak bermain.
Sumber: CARI