“Pergi Masjid Nak Pahala, Sedekah Benda Haram” – Netizen Pelik Cara ‘Sedekah’

“Pergi Masjid Nak Pahala, Sedekah Benda Haram” – Netizen Pelik Cara ‘Sedekah’
Share

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang jemaah Masjid apabila seorang hamba Allah bersedekah dengan memberi beberapa kotak rokok kepada para jemaah yang hadir ke masjid berkenaan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa kotak rokok telah diselitkan di bahagia motor para jemaah yang hadir.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di masjid Pokok Sena namun kesahihannya masih tidak dapat disahkan.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 181K tontonan dan 9.8K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka menerima ‘sedekah’ yang sama di tempat mereka.

“Lain macam sedekah dosa dekat masjid hahaha,” tulis seorang netizen.

“Masjid Sungai Durian ni, saya pun dapat tadi dia letak atas cermin depan kereta,” tulis seorang pengguna TikTok.

SUMBER : TikTok
Kredit: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel