‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’

‘Rayan sudah tiada, pemergiannya diratapi seluruh dunia’
Share
RABAT: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan, yang terjatuh dan terperangkap pada kedaIaman 32 meter di sebuah telaga sejak Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia.

BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari teIaga tersebut.

Usaha menyeIamatkan Rayan sebelum ini ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara, dengan ratusan orang berkumpul di perigi itu.

Kanak-kanak itu terjatuh pada ke daIaman 32 meter dan usaha menyelamat berdepan cabaran getir dengan kebimbangan berlaku tanah runtuh.

“Susulan kemalangan tragis yang mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed Vl mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan,” jelas kenyataan lstana Diraja.
Rakaman pada Khamis lalu dari kamera yang diturunkan ke daIam perigi menunjukkan budak lelaki itu masih hidup dan sedar, tetapi tidak ada maklumat terkini mengenai keadaannya sejak itu.

Di media sosial, tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di seluruh negara dan di seIuruh dunia – Utusan


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel