Rumah Banglo Shuk Sahar Sudah Ada Pembeli

Rumah Banglo Shuk Sahar Sudah Ada Pembeli
Share

Sebelum ini, menerusi sesi live di TikTok pelawak Shuk Sahar memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta.

Shuk berkata dia menjual rumah berkenaan kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Terbaru, Shuk memberitahu rumahnya terletak di Denai Alam, Shah Alam itu sudah ada pembeli.

Menurut Shuk, dia mengakui sayang untuk menjual rumah berkenaan namun membuat keputusan itu kerana bimbang tidak mampu untuk menanggung komitmen.

Baca Juga

“Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

“Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik,” katanya.

Kata Shuk lagi, dia nekad menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

close
Ditanya mengenai kerjaya seninya sekarang, Shuk berharap dia dapat diterima semula dalam industri hiburan tanah air.

“Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?” katanya.

Terdahulu, Shuk memberitahu dia mahu menjual rumah berkenaan serta mahu menggunakan wang berkenaan untuk meneruskan kehidupan selepas jatuh berikutan kontoversi curang terpalitnya dirinya sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: H Metro

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel