"Saya Nak Jual Semua Harta Saya, Nak Jadi Orang Biasa" Lepas Jual Rumah, Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula
Saturday, February 19, 2022

Usahawan kontroversi, Safiey Ilias atau nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias mahu menjual kereta Mustang miliknya selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, bulan lalu.
Melalui satu hantaran di Instagramnya semalam, Safiey, 26, berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu ingin dijual dengan harga RM270,000.
"Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya.
"Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding," katanya.
Pelantun lagu Syinta Gila itu berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.
"Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.
"Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama," katanya.
Dalam posting yang lain dua hari lepas, Safiey memuat naik gambar di lapangan terbang dengan himpunan bagasi di hadapannya.
"Mungkin ini yang terbaik . Bismillah" katanya ringkas.
Hantaran tersebut telah mengundang tanda tanya dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Sumber: Forum Cari