Tahniah! Intan Ladyana Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah! Intan Ladyana Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Share

Tahniah di ucapkan buat pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif yang selamat menimang cahaya mata sulung pada pukul 11.40 malam tadi.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram miliknya, Intan meluahkan rasa syukur serta memaklumkan dia selamat melahirkan anak perempuan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malam tadi. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan pada pukul 11.40 malam pada 31 Januari 2022,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Intan turut memuat naik gambat bersama suami dan anak perempuan mereka namun tidak didedahkan wajahnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Harris Alif pada 4 Februari 2021. Kisah pasangan itu menjadi bualan kerana perbezaan usia 17 tahun.

Sumber: Rotikaya

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel