'Tak tinggal solat wajib dan sunat..' Bekas Isteri Da’i Farhan Dah Freehair?
Monday, February 21, 2022

Rasanya ramai yang sudah mengenali Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi dimana pernah satu masa namanya menjadi topik utama warganet kerana berjaya menambat hati bekas suami, Da’i Farhan.
Namun, hubungan rumah tangga mereka tidak berkekalan apabila pada tanggal 20 April 2020, wanita yang ke-19 ini membuat pengumuman rasmi di laman Instagramnya memberitahu mereka sudah bercerai.
Baru-baru ini perkongsian Dr Erin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto berada di Tawau, Sabah memaparkan dirinya tidak lagi bertudung.
Seperti sudah dijangka, diruangan komen rata-rata netizen mempersoalkan tindakannya itu serta mahukan kepastian mengapa dia tidak lagi bertudung.
Melalui laporan Lobak Merah, ramai netizen yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut serta ingin mendapatkan kepastian darinya, jadi Dr Erin memberitahu dia tidak membuka tudung sepenuhnya.
Beliau turut menegaskan bahawa dirinya masih sama seperti dahulu dan juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang umat Islam.
Diruangan komen, Erin berkata dia tidak membuka tudung sepenuhnya. Ujarnya, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam seperti menunaikan solat.
Biarpun ramai mengecamnya, namun ada segelintir netizen memberikan kata-kata semangat buat Erin serta berharap dia akan bertudung semula.
Sumber: Rotikaya, Beautifulnara