"Walaupun Datin Tapi Pakai Sempoi, T-Shirt Selipar Je"- Pakaian Almy Nadia Jadi Perhatian
Sunday, February 27, 2022

Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia baru-baru ini ada memuat naik gambar dan video percutiaan mereka bersama anak-anak.
Apa yang menjadi perhatian adalah gaya pemakaian Almy yang dikatakan cukup santai dan bersahaja.
Aktres itu dilihat hanya memakai T-Shirt putih yang dipadankan degan seluar palazo serta memakai selipar. Walaupun bergelar Datuk dan Datin tapi pasangan ini sangat sederhana dah sangat humble.
Menerusi video tersebut, Almy dilihat mengenakan t-shirt putih, berseluar palazo dan memakai selipar sambil menolak stroller bayi.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.
Malah, ada yang mengagumi kesetiaan Fiz Fairuz yang menerima isterinya seadanya serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.