Wan Sharmila Terkejut Tular Video Wanita Miripnya Dipeluk Anak Shuib

Wan Sharmila Terkejut Tular Video Wanita Miripnya Dipeluk Anak Shuib
Share

Hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan anak perempuan Shuib Sepahtu iaitu Talita dilihat memeluk mesra seorang wanita misteri sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Video tersebut di kongsikan menerusi Instagram arwah Siti Sarah semalam. Bagaimanapun, wajah wanita misteri itu ditutup dengan emoji.

Kapsyen yang ditulis juga seolah-olah memberi ‘hint’ kepada netizen bahawa wanita misteri tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak Shuib.

Baca Juga

“Aunty kesayangan teman Dekta kerja. Kalau tidak ada aunty, tak nak kerja. Nasib baik auty tidak sibuk rajin melayan,” tulis kapsyen pada video itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen mula berteka teki dan mendakwa wanita misteri itu adalah pelakon Wan Sharmila. Netizen berkata melihatkan pada bulu mata serta ciri-ciri wanita itu seperti pelakon berkenaan.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo!, Wan Sharmila mengakui terkejut melihat video tersebut kerana wanita itu miripnya tetapi itu bukan dirinya.

“Selepas saya menontonnya, saya sendiri pun terkejut kerana tidak dinafikan wanita ‘misteri’ itu mirip saya. Tapi saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya,” katanya.
Sedar namanya dipetik oleh netizen, Wan Sharmila berkata berkata dia tidak menolak wanita dalam video itu ada persamaan dari segi fizikal dengannya.

close
“Sebab sama. Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila menolak andaian netizen cuba untuk menjodohkannya dengan Shuib sebaliknya mereka hanya meneka siapa wanita misteri itu sahaja.

“Saya tidak rasa netizen nak ‘kenenkan’ saya dengan Shuib. Mereka cuma meneka sahaja. Saya tak ambil hati pun. Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?” katanya.

SUMBER: KOSMO!

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel