Dipuji Semakin Kurus & Menawan, Netizen Kata Menangis Shuk Tengok
Tuesday, March 1, 2022

Sejak kebelakangan ini, penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing.
Terbaru, Rossa ada memuat naik videonya mengenakan busana warna hijau dengan kapsyen supaya sayangi diri sendiri.
Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Rossa yang dilihat semakin cantik dan menawan. Malah, ada yang mengatakan Rossa kini lebih bahagia.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan menangis Shuk melihat Rossa sekarang kerana semakin cantik dan maju kehadapan.
Awal November tahun lalu, Serra mendedahkan sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini dalam proses untuk failkan cerai selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.
Kredit: Rotikaya