Fattah Amin Dituduh Pemalas Biarkan Fazura Drive Sendiri
Wednesday, March 2, 2022

Fattzura, gabungan nama Fattah Amin dan Fazura sememangnya antara pasangan yang sentiasa menjadi perhaian ramai.
Baru-baru ini Fazura ada memuat naik video di Instagram. "Menjawab soalan @fattahaminz," tulisnya.
Dalam rakaman tersebut, Fattah mendedahkan ada netizen yang bertanya kenapa Fazura yang selalu dilihat memandu kereta.
"Ada orang selalu tanya.. Kenapa Faz selalu drive? Fattah tu pemalas nak drive ke?" Menjawab kemusykilan tersebut, Fazura kata suaminya bukan pemalas.
Ini semua disebabkan Fazura akan pening sekiranya duduk di kerusi penumpang dan memilih untuk memandu sendiri.
Dia juga mengakui tidak mempunyai pemandu peribadi. "Tak.. the reason why Faz suka drive sebab kalau orang lain drive, Faz akan pening. Sebab itu tak ada orang lain drive, saya pun tak ada driver. Memang saya prefer drive sendiri."
Sementara itu ada juga yang bertanyakan tentang ciri-ciri lelaki untuk anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
"Semestinya nak yang terbaik untuk anak. Boyfriend Fatima nanti seorang protective, menyayangi Fatima seadanya bukan sebab apa-apa pun dan beriman."
Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurnikan zuriat pada 2 Oktober 2020.
Sumber penulisan CARI (saiful)