“Kau Tunggu, Aku Cari Kau” – Tular Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari ‘Tukang’ Sebar

“Kau Tunggu, Aku Cari Kau” – Tular Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari ‘Tukang’ Sebar
Share

Penyanyi dan pelakon Chubb-E menerusi ‘instastory’ bersuara untuk mencari ‘dalang’ yang menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial.


Semuanya bermula apabila beberapa keping gambar menunjukkan dia bersama seorang wanita seksi tular.


Baca Juga

Menurut laporan, gambar itu adalah sedutan daripada video muzik lagu terbaru berjudul Rambang, nyanyiannya bersama Zyc.


Berdasarkan gambar yang tersebar itu, seorang wanita dilihat sedang duduk di ‘arm rest’ yang diduduki Chubb-E.


Apa yang membuat ia mendapat perhatian adalah model wanita itu dilihat hanya memakai jaket menutupi lengan dan belakang sementara bahagian lain dibiarkan terdedah.


close
Beberapa lelaki dipercayai penari di dalam video muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita berkenaan. Justeru, ramai netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu seksi.


Memberi respon di Instagram, kata Chubb-E dia sangat kecewa apabila gambar itu sengaja disebarkan oleh individu tertentu.


“Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau letak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau.”


Difahamkan, lagu dan video muzik Rambang itu bakal dilancarkan di semua platform penstriman muzik esok.


SUMBER : Gempak

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel