“Saya bukannya bodoh nak bagi anak hisap rokok ada tembakau.” – Biarkan Anak Hisap Rokok Daun, Kak KM Tak Kisah Dikecam

“Saya bukannya bodoh nak bagi anak hisap rokok ada tembakau.” – Biarkan Anak Hisap Rokok Daun, Kak KM Tak Kisah Dikecam
Share

Sering terpalit dengan kontroversi hangat, kali ini sekali lagi nama usahawan jamu iaitu Liana Rosli dikecam netizen kerana membiarkan anak perempuannya menghisap rokok.


Liana atau lebih mesra dikenali sebagai Kak KM telah menerima kecaman yang hebat dari netizen, malah dilabel sebagai ibu yang gagal mengajar anak tentang bahayanya rokok.

Baca Juga


Melalui temubual bersama mStar, Kak KM berkata dia masih rasional untuk tidak memberi sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan anaknya.


“Saya bukannya bodoh nak bagi anak hisap rokok ada tembakau.”


Memberi penjelasan lanjut, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri memberitahu anaknya menghisap rokok daun yang tidak mempunyai sebarang tembakau ataupun barang merbahaya.

close

Tambahannya lagi, dia turut meluahkan rasa risau terhadap anak-anak yang mengambil barang terlarang secara sorok-sorok dan baginya, tindakan beliau membenarkan anak perempuannya menghisap rokok terbabit kerana ingin menjadikan ia sebagai pengajaran.


Dalam pada masa yang sama, Kak KM berkata ia merupakan aktiviti suka-suka setiap kali pulang ke kampung halaman.


Sumber: mstar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel