Terkial-Kial Nak Naikkan View. Dah 10 Ribu Tontonan, MV Amylea Di YouTube Terpaksa Dipadam Pula!

Terkial-Kial Nak Naikkan View. Dah 10 Ribu Tontonan, MV Amylea Di YouTube Terpaksa Dipadam Pula!
Share

Kecewa. Itu yang boleh diluahkan Amylea Azizan selepas muzik video lagu baharunya Melepaskanmu terpaksa dipadam selepas 11 hari dimuat naik di YouTube.

Menurut Amylea, 36, ia berpunca dari masalah teknikal di mana format yang dimuat naik tidak sama seperti kehendak platform tersebut.

“Ia satu kesilapan yang besar dari sudut suntingan dan tidak boleh dibiarkan terus dimainkan di Youtube.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, kami bersetuju untuk memadamkan semula video muzik tersebut.

“Saya rasa macam penat lelah saya tidak dihargai apabila berlaku masalah kecil sebegini.

“Memang rasa sangat kecewa kerana sudah lama saya tunggu untuk keluarkan lagu ini dan dah dapat tarikh cantik untuk lancarkan,” ujarnya kepada mStar.

Video muzik lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea ini mula disiarkan di saluran Youtube 17 Eleven Music pada 22 Februari lalu dan sudah mencecah 10,000 tontonan.

Bagi Amylea juga dugaan sebegini pastinya memberi banyak impak kepada perjalanan kerjaya yang dibina.

“Dugaan bersilih ganti buat saya. Penyanyi macam saya ni, bukan senang nak dapat tontonan di Youtube. Terkial-kial untuk naikkan jumlah tontonan.

“Selain itu saya takut juga jika dimuat naik semula dan tidak mendapat banyak tontonan orang akan cakap lagu ini tak sedap,” katanya.

Amylea sudah berbincang dengan pihak pengurusan untuk membetulkan semula kesilapan tersebut.

“Mungkin orang anggap ini masalah kecil tetapi tidak bagi saya, kerana selama dalam industri saya bekerja keras untuk setiap hasil kerja. Adakah saya overthinking? Saya pun tak tahu.

“Buat masa sekarang saya cuba tenangkan diri dan sibuk di lokasi penggambaran drama,” jelasnya.

Sumber: Cari

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel