“Dalam Setahun, 2 Hari Ini Saja Akan ‘Koyak’” – Sharnaaz

“Dalam Setahun, 2 Hari Ini Saja Akan ‘Koyak’” – Sharnaaz
Share

Pejam celik rupanya hampir tiga tahun pelakon Sharnaaz Ahmad menduda. Sharnaaz mengakui berdepan rasa sedih setiap kali menjelang Ramadan.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sharnaaz berkata hidup solo memang tenang namun pasti akan rasa emosi ketika menyambut Ramadan dan Syawal yang lebih seronok jika bersama keluarga.


Baca Juga

Sharnaaz akui dalam setahun hanya dua hari sahaja dia akan rasa sedih iaitu ketika Ramadan dan Syawal yang bakal kunjung tiba sebulan lagi.

“Orang tanya macam mana kehidupan solo? Jawapannya, sangat relaks dan tiada tekanan serta pening kepala.Tetapi esok akan ada sedikit ‘koyak’ dan lagi sebulan selepas itu . Dalam setahun, dua hari itu saja akan ‘koyak’,” tulisnya.


close
Terdahulu, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berumur empat tahun.


Sumber: kosmo

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel