"Hidung Raya Ka Sistur?"- Hidung Lana Nodin Didakwa Bertambah Pelik, Mancung Semacam
Monday, April 25, 2022

Sebelum ini Lana Nodin mencetuskan kontroversi berkaitan isu vaksin dan kelantangannya bersuara untuk menolaknya membuatkan dirinya dikecam.
Malah namanya menjadi bualan panas kerana memuji rakyat luar negara yang tidak mendiskriminasikan anti vaksin.
Sudah sejuk sedikit tentang isu tersebut, Lana sekali lagi menjadi sebutan kerana pulang ke Malaysia untuk menjalankan bisnes bakeri.
Sekarang ini dia dilihat gigih mempromosikan kedai bakeri yang baru dibuka di Kota Damansara.
Menjengah di Instagram, Lana ada memuat naik banyak video memaparkan kedai dan barang-barang yang dijual.
Bukan barangan yang menjadi tumpuan, sebaliknya ramai yang perasan dengan perubahan hidung Lana yang didakwa pelik.
Sumber: Forum Cari