Penceramah Bebas Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang S*ksual Terhadap Anak Rakan

Penceramah Bebas Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang S*ksual Terhadap Anak Rakan
Share

Lapor Berita Harian, seorang penceramah bebas berusia 61 tahun telah ditahan pihak polis selepas dia didakwa terlibat dengan kes amang seksual tehadap seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terenggany.


Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman yang memaklumkan kejadian itu telah berlaku pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun.


Baca Juga

Difahamkan, kanak-kanak perempuan tersebut bersama ahli keluarganya telah menyertai program dianjurkan suspek yang bertempat di sebuah rumah bot.


Setelah mengalami pengalaman ngeri itu, kanak-kanak tersebut kemudiannya menceritakan kembali apa yang terjadi kepada ibunya setelah pulang dari program berkenaan.


Ahli keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan suspek kini sedang direman selama dua hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


close
Mangsa juga merupakan anak kepada rakan suspek yang ditangkap.


Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel