Sam Ke Ting 'dibebaskan', berjaya peroleh kebenaran tangguh hukuman & buat rayuan

Sam Ke Ting 'dibebaskan', berjaya peroleh kebenaran tangguh hukuman & buat rayuan
Share

Sam Ke Ting yang berjaya memperoleh kebenaran untuk menangguhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan remaja berbasikal lajak maut, dalam kejadian lima tahun tlalu. 


Wanita berusia 27 tahun itu juga dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi selepas panel tiga hakim yang diketuai Datuk P.Ravinthran dan dua lagi panel, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membenarkan rayuan. 

Baca Juga


Tertuduh yang hadir pada jam 9 pagi tadi dengan berpakaian berbaju kurung biru dibebaskan dengan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. 


13 April lalu, Mahkamah Tinggi Johor Baru memutuskan Sam Ke Ting dihukum penjara selama enam tahun dan denda RM6,000 selepas pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. 


Hakim Datuk Abu Bakar Katar berkata, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden seecara bersumpah bersifat penafian semata-mata bahawa responden tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar dan telah melarikan diri. 

close

Sumber: Kosmo

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel