Tak Malu Mengaku Hanya Ada SPM, Ayu Raudhah Mula Berjinak Buat Bisnes

Tak Malu Mengaku Hanya Ada SPM, Ayu Raudhah Mula Berjinak Buat Bisnes
Share

Lama rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Ayu Raudhah yang juga adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan. Pasti ramai rindu nak tengok Ayu beraksi di kaca televisyen.


Memilih untuk memperlahankan karier seni selepas berkahwin, Ayu mengakui dia masih menyimpan perasaan rindu terhadap dunia lakonan. Masih menerima tawaran, bagaimanapun Ayu berkata dia mahu mengutamakan lima anaknya.


Baca Juga

“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di TV, lagi menebal kerinduan. Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba.


“Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.


“Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya.

close

Dalam pada itu, Ayu juga kini mula menceburi dunia perniagaan dengan mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian perempuan dan lelaki serta tudung.


“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun.


“Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga. Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.


“Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu. Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan,” katanya.


SUMBER: MSTAR ONLINE
Kredit: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel