Diminta Berhenti Makan, Almy Nadia Anggap Netizen Hina Bentuk Badannya Kurang Kasih Sayang

Diminta Berhenti Makan, Almy Nadia Anggap Netizen Hina Bentuk Badannya Kurang Kasih Sayang
Share

Jika anda mengikut Instagram Datin Almy Nadia, pasti ramai tahu pelakon itu sering membuat ulasan produk sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan apa yang dilakukan Almy itu sehingga mengutuk fizikalnya serta melakukan body shaming.


Baca Juga

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Almy ada berkongsikan komen individu tersebut yang memintanya berhenti makan.


Dapat dilihat salah satu komen individu itu yang mempersoalkan mengapa Almy mempromosikan produk untuk menurunkan berat badan sedangkan pelakon itu berisi.

Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Almy meminta pengikutnya mendoakan agar individu berkenaan diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Tidak berkecil hati, Almy menganggap mungkin individu itu kurang kasih sayang sehingga berbuat demikian.

close
“Posting ni maybe kejap ja, lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat, semoga pemilik akaun ni dapat redha dengan apa yang dia lalui.


“Maybe zaman makin moden ni dia kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat. Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat.. Minta semua doa yang baik-baik please, Saya tak kisah tau, saya sangat sangat ok ja,” katanya.


SUMBER: MSTAR ONLINE

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel