“Kahwin Jangan Tengok Rupa..” – Bella Astillah Beri ‘Nasihat’ Cari Jodoh Ikut Peribadi Bukan Paras Rupa

“Kahwin Jangan Tengok Rupa..” – Bella Astillah Beri ‘Nasihat’ Cari Jodoh Ikut Peribadi Bukan Paras Rupa
Share

Untuk mengenali baik budi seseorang semestinya memerlukan masa yang lama, apatah lagi untuk membina rumah tangga.


Selain memerlukan komitmen yang tinggi, kita juga perlu memahami karakter pasangan supaya kita dapat mengekalkan hubungan yang baik antara suami isteri.


Baca Juga

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah memuatnaik gambar di media sosialnya beserta caption memberi pesanan kepada pengikutnya tentang perhubungan.


“Mungkin anda akan jatuh cinta dengan kecantikan seseorang, namun ingatlah pada pengakhirannya, anda juga akan hidup sekali bersama dengan karakternya, bukan kecantikan semata”


close
Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kenyataan beliau serta memberikan komen-komen yang positif.


Sekadar info, Bella Astillah telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Aliff Aziz pada tahun 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.


Pernah mengharungi detik gentir perbalahan rumah tangga, perkahwinan antara Bella dan Aliff berjaya diselamatkan berkat kesabaran dan kepercayaan Bella terhadap Aliff.


Sumber: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel