“Kami Sedang Berusaha Menghalalkan Hubungan Ini”

“Kami Sedang Berusaha Menghalalkan Hubungan Ini”
Share

Usia sudah menginjak 39 tahun, sudah pasti pelakon Sherry Ibrahim tidak terlepas ditanya mengenai soal kahwin dan jodoh pada hari raya ini.


Bagaimanapun, memetik Harian Metro, Sherry berkata dia sedang berusaha untuk menghalalkan hubungan. Ujarnya, dia hanya mampu merancang namun selebihnya Allah menentukan.


Baca Juga

“Berhenti bertanya bila kami akan berkahwin kerana kami sedang berusaha menghalalkan hubungan ini di sisi Allah SWT.


“Kami hanya merancang sedangkan Allah yang menentukan semuanya. Allah adalah sebaik-baik perancang,” katanya.


Kata Sherry lagi, dia tumpang gembira melihat rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya serta memohon mendoakan akan tiba gilirannya suatu hari nanti.


close
“Memang ramai kawan-kawan saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak. Alhamdulillah itu rezeki mereka dan saya turut tumpang gembira. Namun, Allah kata belum masa saya lagi. Insya-Allah suatu hari lagi. Doakanlah,” katanya.


Sumber: Harian Metro

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel