“Next Level..” – Selamba ‘Parking’ Dalam Rumah Orang, ‘Owner’ Myvi Dikecam Netizen
Friday, May 20, 2022

Baru-baru ini tular di laman Facebook, hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Khalid Fuad yang berkongsi gambar tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp telah menjadi perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi telah dilihat parkir di dalam kawasan rumah orang lain.
Difahamkan, situasi itu telah membuatkan pemilik rumah tersebut terpaksa memaklumkan menerusi WhatsApp Group kejiranan demi bertanyakan siapakah pemilik Perodua Myvi tersebut bagi mengubah parkir kenderaan mereka.
Malah, pemilik rumah tersebut juga gagal untuk parkir kenderaan dirumah sendiri akibat daripada tindakan individu tersebut.
https://www.facebook.com/groups/252330050013159/posts/531985325380962/
Meninjau di ruangan komen, para netizen turut terhibur dan cuba untuk ‘husnuzon’ dengan tindakan yang dilakukan oleh pemilik Myvi itu.
SUMBER : Facebook
Kredit: Beautifulnara