Aksi Goyang, Tepuk Punggung Pengasas Produk Buat Netizen Tegur
Tuesday, June 14, 2022

Sebut sahaja nama usahawan sensasi Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.
Baru-baru ini, perkongsian terbaru pengasas produk itu menjadi perhatian apabila memaparkan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, pelakon Ifa Raziah dan penyanyi Cheta Pot Pet menunjukkan punggung mereka di khalayak ramai.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.
“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan aksi tersebut seolah tiada maruah serta dikatakan semakin melampau.
Meskipun ramai yang mengecam, namun ada yang mendoakan agar kesemua mereka diberikan hidayah. Malah, ada netizen mengatakan disebabkan itu juga penghuni neraka kebanyakannya golongan wanita.
Kredit: Rotikaya