“Aku Depressed” – Dapat Duit Belanja Sekolah RM200 Seminggu Pun Tak Cukup, Netizen Kata ‘Buat Teruk’

“Aku Depressed” – Dapat Duit Belanja Sekolah RM200 Seminggu Pun Tak Cukup, Netizen Kata ‘Buat Teruk’
Share

Ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang masih bersekolah pastinya ingin memberikan yang terbaik dari segi persiapan, pendidikan dan juga kebajikan mereka ketika menuntut ilmu.


Seperti satu perkongsian  yang dimuat naik kembali ke Twitter, ada sesetengah remaja mengeluh kerana diberikan duit belanja persekolahan yang sedikit sehingga menyebabkan mereka berasa murung dan tidak mahu ke sekolah.


Baca Juga

Dalam hantaran tersebut, seorang individu berkata dia pernah diberi wang kocek sebanyak RM200 untuk perbelanjaan selama seminggu. Baginya, itu situasi yang sangat teruk dan dia berasa murung disebabkan oleh hal itu.


Perkongsian tersebut telah mengundang perdebatan netizen walaupun pada awalnya, niat individu tersebut hanyalah untuk ‘content’ semata-mata.


Kata netizen, remaja zaman sekarang ‘manja’ dan sering boros selain tidak tahu menyimpan.

close
Selain tidak memikirkan pengorbanan ibu bapa mencari duit di zaman ekonomi yang serba mencabar ini, netizen juga mempersoalkan keperluan untuk mendapat wang saku sebanyak itu kalau hanya untuk ke sekolah semata-mata.


Namun, ada juga yang berpendapat jumlah itu sebenarnya relevan untuk diberikan kepada anak-anak terutamanya mereka yang bersekolah di sekolah swasta.


Sumber: Twitter

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel