Anak Shuib Menangis Kawan Sekolah Ejek Ibu Dah Meninggal
Friday, June 3, 2022

Pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sudah tentunya memberi kesan mendalam buat ahli keluarga terutama buat anak-anaknya.
Sudah lapan bulan berlalu, Shuib Sepahtu dan anak-anak dilihat sudah mula meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
Namun, semalam perkongsian ibu tiri arwah Sarah iaitu Siti Fatimah menjadi perhatian apabila memuat naik video anak perempuan Shuib iaitu Dekta yang menangis kerana diejek rakan sekolahnya.
Menerusi kapsyen, Fatimah atau lebih mesra disapa Makder berkata Dekta mengadu rakan sekelasnya mengejek kerana dia sudah tidak mempunyai ibu lagi.
Turut kedengaran, Dekta berkata dia sudah pun memberitahu kepada guru kelas dan rakannya itu telah dimarahi oleh guru berkenaan.
Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan aduan Dekta itu yang sudah tentu sangat sedih apabila ada yang mengatakan mengenai ibunya yang sudah tiada.
Sumber: Rotikaya