Buat Sikit-sikit Dari 2017, Banglo Besar Lan Solo Dah Nak Siap

Buat Sikit-sikit Dari 2017, Banglo Besar Lan Solo Dah Nak Siap
Share


Penyanyi dan usahawan, Lan Solo membawa para pengikutnya di Instagram meninjau keadaan semasa pembinaan rumah barunya.


Menurut Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, rumah banglo tersebut sebenarnya mula dibina secara berperingkat sejak tahun 2017.

Baca Juga


Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan juga pernah tergendala buat sementara waktu berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.


“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung. Ditambah pula PKP 2 tahun. Alhamdulillah, dah nampak masa depan dah huhu,” tulisnya.

close

Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Kristal ini turut memaklumkan rumah tersebut dijangka siap tidak lama lagi sekiranya tiada aral melintang.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selepas melihat rumah tersebut selain turut mendoakan semoga Lan akan terus sukses lagi selepas ini.


Sekadar informasi, selain aktif menyanyi, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim juga kini gilat menjalankan bisnes kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin berkembang maju.


Sumber: Forum CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel