Neelofa Siap Ambil Kelas Nak Latih Anak Tidur Sendiri

Neelofa Siap Ambil Kelas Nak Latih Anak Tidur Sendiri
Share

Pejam celik, sudah empat bulan selebriti popular, Neelofa bergelar ibu kepada putera sulungnya, Muhammad Bilal.


Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa mendedahkan dia mengambil kelas khas ‘sleep training’ untuk melatih anaknya tidur sendirian.


Baca Juga

“Hari ni first day Muhammad Bilal sleep train. Ni, Bilal sedang nesting for about 15 mins. Sebelum saya letak dalam basinet ni, dah bagi susu, gelap kan bilik and bonding session 15 mins jugak. Gigih tau Ummi Bilal ambil class. Actually, ilmu sleep training ni sangatlah berguna,” tulisnya.


Menurut Neelofa, sewaktu ‘nesting’ dia akan menyembunyikan diri supaya anaknya tidak nampak dirinya.


“Dari nesting lagi Ummi Bilal asyik menyorok tak nak bagi dia nampak kita. Masa ni Bilal dah tutup mata tapi masih gosok-gosok muka to fall asleep,” tulisnya.


close
Perkongsian Neelofa turut mendapat perhatian pengikutnya yang bertanyakan mengenai waktu tidur Bilal.


“Alhamdulillah, dia akan tidur paling lewat 7.30 malam sampai lah subuh.. Tapi akan mintak susu dua ke tiga kali sepanjang 7 malam ke 7 pagi tu. Tapi mata tutup, mulut je bukak minum susu,” tulisnya.


SUMBER: CARI FORUM

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel