Sabronzo Dolla Dikecam Buat Aksi Twerk

Sabronzo Dolla Dikecam Buat Aksi Twerk
Share

Sebut saja kumpulan Dolla, pasti ramai tahu ianya dianggotai oleh empat orang gadis cantik yang digelar BlackPink Malaysia.


Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai salah seorang ahli kumpulan tersebut yang dikecam netizen selepas membuat aksi tarian di aplikasi TikTok.


Baca Juga

Menerusi satu video, ahli kumpulan itu iaitu Tabby, Angle dan Syasya sedang menari bersama, namun tarian ‘twerk’ yang dilakukan oleh Sabronzo menjadi perhatian ramai. Ia berikutan aksi ‘twerk’ yang dilakukannya dikatakan agak keterlaluan dan menggairahkan.


Seperti sudah dijangka, aksinya itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan aksinya itu melampau dan tidak sesuai dilakukan oleh wanita Muslim.


close
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa sedih melihat pemakaian Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina kerana pemakaian ahli kumpulan lain bukan beragama Islam iaitu Tabby dan Angle lebih sopan.

Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel