“Saya Tak Pernah Keluar Kenyataan Bertudung..” – Nina Iskandar Akui Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Dah Berhijab
Friday, June 10, 2022

Terbaharu, pelakon Nina Iskandar ada memuat naik satu gambar di laman Instagramnya dan ia telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai penampilan beliau yang tidak lagi berhijab seperti sebelum ini.
Bagi mendapat penjelasan lanjut, pihak mStar telah menembual Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar dan wanita itu memberitahu dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa dirinya sudah berhijab sepenuhnya.
Sebelum ini, penampilan Nina berhijab selama dua tahun telah menerima pelbagai komen positif daripada netizen, namun setelah membuka tudung, ramai yang mengecam dirinya.
Dalam pada bertanya soalan hijab, Nina enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungan rumah tangganya bersama suami yang dikatakan sedang ‘goyah’ kerana telah memadam segala gambar beliau bersama pasangannya itu.
“Doa yang terbaik saja. Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan.”
“Saya mahu turunkan semula berat badan. Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan,” katanya.
Sekadar info, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali dengan nama Lan Lebah pada tanggal April 2019.
SUMBER: MSTAR ONLINE