“Bila Tak Pakai Seksi Pun, Orang Kata Seksi”
Friday, July 1, 2022
Pelakon Nora Danish meluahkan rasa hairan apabila sering menjadi sasaran netizen terutama dalam isu berpakaian yang dianggap terlalu seksi.
Memetik Utusan, Nora bagaimanapun tidak melatah dengan kata-kata netizen serta beranggapan mereka juga ada hak menyuarakan pendapat. Nora mengakui dia juga tidak mahu terlalu seksi, namun hairan jika dikatakan seksi sedangkan dia tidak memakai seksi.
“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa-apa pun. Saya pun seorang selebriti.
“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutama peminat. Bagi saya, apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai doa.
“Saya pun kalau boleh tak naklah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi,” katanya.
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa syukur suaminya faham lumrah berkahwin dengan selebriti dan sentiasa tenang setiap kali berdepan dengan kecaman netizen.
“Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti,” katanya.
Sementara itu, Nora mengakui komen dan kritikan diberikan netizen sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang soal berpakaian.
“Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.
“Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya,” katanya.
SUMBER: UTUSAN ONLINE
Kredit: Rotikaya