“Jangan Terlalu Menekan Cuba Nak Jodohkan Saya” – Shuib
Saturday, July 2, 2022
Sering ditanya mengenai soal pengganti serta dikenenkan dengan rakan artis, pelawak Shuib Sepahtu meminta agar diberikan ruang untuk menjalani kehidupan dengan tenang.
Memetik Kosmo, Shuib berkata dia sedar ramai yang sudah bosan apabila dirinya sering bercakap tentang jodoh.
“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah
“10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.
“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib mengakui tertekan apabila ada ayang cuba menjodohkannya namun mengharapka doa yang baik-baik sahaja.
“Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.
“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.
“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” katanya.
Terdahulu, ada yang mahu menjodohkan Shuib dan Siti Nordiana. Terbaru, ada yang merestui hubungan pelawak itu dengan pelakon Zara Zya apabila sering memuat naik video bersama.
SUMBER: KOSMO!