“Memang ‘Port’ Lelaki Gatal” – Pelanggan ‘Terkinja’ Nak Bergambar, Akak Kedai Dipegang & Diraba Tapi ‘Rileks’ Je?

“Memang ‘Port’ Lelaki Gatal” – Pelanggan ‘Terkinja’ Nak Bergambar, Akak Kedai Dipegang & Diraba Tapi ‘Rileks’ Je?
Share

Tular di aplikasi Twitter sebuah video menunjukkan sebuah kedai makan dipenuhi lelaki dan terlihat susuk seorang wanita berbaju hijau yang menjadi tumpuan mereka.


Menerusi rakaman tersebut, sekumpulan lelaki dilihat seperti ‘terkinja-kinja’ dan seronok apabila dapat bergambar dengan wanita yang juga merupakan pelayan di kedai berkenaan.


Ramai lelaki bergilir-gilir mengambil gambar bersama wanita tersebut malah mereka dengan selamba meraba dengan meletakkan tangan di bahu dan memeluk erat pinggangnya.


Difahamkan, wanita bertudung itu memang dikenali di media sosial kerana suka berpakaian terlalu ketat dan menonjol.


“Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat socmed. Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu. Kau tengoklah lelaki-lelaki yang datang tu buat apa dengan dia.”


Menjengah ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geli dan jijik melihat perangai kumpulan lelaki terbabit yang memalukan seperti itu.


Ada juga yang mengkritik wanita tersebut kerana dia juga nampak seperti tidak kisah dan tersenyum seolah-olah suka diperlakukan sebegitu oleh lelaki.


Namun, ada juga netizen yang mendakwa pernah singgah di kedai tersebut yang terletak di Terengganu dan mendakwa penduduk setempat ada memberitahu bahawa tempat itu merupakan ‘port’ lelaki gatal untuk melepak.


Sebelum ini juga pernah tular sebuah video menunjukkan wanita tersebut duduk di sebelah lelaki dan memegang serta meraba bahagian sulitnya.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel