Netizen Puji Cara Pemakaian Anak Azhar Sulaiman?
Monday, July 25, 2022

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.
Tidak melatah dengan kecaman netizen, baru-baru ini perkongsian Leona sekali lagi menjadi bualan apabila memuat naik gambarnya dengan warna rambut barunya.
Menerusi foto itu, Leona dilihat memakai skirt berwarna hitam yang mendedahkan bahagian dadanya sedang duduk di atas lantai
Memetik portal Murai, hasil tinjauan di Twitter, rata-rata netizen memuji kecantikkan Leona. Malah perkongsian gambar tersebut mendapat lebih dua ribu “likes”.
Tidak kurang juga, ada netizen juga turut mengatakan Leona sama seperti karekter Betty Boop iaitu kartun yang pernah popular pada era 1935.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai video dimuat naik oleh gadis itu memaparkan dia sedang menari dengan memakai baju mencolok mata.
SUMBER: MURAI.MY, Rotikaya