Puteri Sarah Tak Hairan Kalau Suami Nak Bayarkan Saman Ira Kazar

Puteri Sarah Tak Hairan Kalau Suami Nak Bayarkan Saman Ira Kazar
Share

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu rumah tanggannya.


Baru-baru ini, perkongsian Puteri Sarah menjadi perhatian apabila meluangkan masa bersama anak-anaknya. Dapat dilihat kedua-dua anak pelakon itu iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah sangat gembira dapat meluangkan masa bersama ibu mereka.


Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan kekuatan pelakon itu serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.


Malah, ada yang bertanyakan adakah Sarah sudah melihat video viral di TikTok suaminya bersama pelakon Kazar di sebuah kedai emas.


Memetik OhBulan, Sarah berkata dia tidak kisah mengenai video berkenaan dan tidak hairan jika Syamsul mahu membayar saman Ira Kazar kerana dia tetap akan meneruskan saman.


“Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah,” katanya.


Hari ini, mahkamah memerintahkan Ira tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial serta berhenti mengeluarkan apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.


SUMBER: OH BULAN

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel