Sajat Terpilih Jadi Model Di Australia

Sajat Terpilih Jadi Model Di Australia
Share

Usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman meluahkan rasa teruja apabila dirinya telah terpilih untuk menghadiri raptai untuk permodelan di Australia.


Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sajat dilihat ada memuat naik kenyataan dari agensi permodelan yang menjemputnya untuk menghadiri raptai untuk permodelan di The Ambassador Venues, Sydney Australia.


Sajat turut menulis kapsyen seakan tidak percaya serta akan melakukan yang terbaik. Sajat juga sempat berseloroh hanya mahu makan pucuk ubi bersama lemon sebelum menghadiri raptai permodelan itu.


“OMG!! Macam tak caya yang saya lepas. Saya akan buat yang terbaik!! Bermula esok saya akan makan pucuk ubi sahaja dengan lemon!! RUN THE WORLD,” tulisnya.


Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengucapkan tahniah kepada usahawan tersebut.


Kini berhijrah ke Australia meneruskan hidup baru, pada Februari lalu, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah.


Katanya lagi, dia merasakan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.


SUMBER: MURAI.MY

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel