“Saya Reda..” – Syamsul Yusof Akui Dah Letih Dan Penat Dengan Apa Yang Berlaku

“Saya Reda..” – Syamsul Yusof Akui Dah Letih Dan Penat Dengan Apa Yang Berlaku
Share

Sedia maklum, kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof bersama isteri, Puteri Sarah menjadi topik utama bualan ramai.


Lebih menghangatkan keadaan apabila Sarah mengambil keputusan untuk menyaman ‘orang ketiga’ yang menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar kerana sudah berlebihan.


Biarpun selama ini memilih untuk mendiamkan diri, Syamsul ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro tidak menafikan sudah penat dengan apa yang sedang berlaku dan hanya mampu reda.


“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah.”


Dalam pada itu, beliau turut mengakui membuat kesilapan dalam hidup dan tidak akan sesekali mengatakan dirinya baik. Malah, Syamsul akur dengan kehidupan yang dilaluinya kini.


Susulan banyak isu yang diselumbungi Syamsul ketika ini, kebanyakkan netizen meninggalkan pandangan serta kritikan terhadap dirinya.


SUMBER : Harian Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel