Tanggal baju & hijab di pentas, Youtuber wanita enggan jawab video tular
Sunday, July 10, 2022
Susulan penularan sebuah video aksi seorang wanita menanggalkan baju dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) semalam sehingga mengundangkan kecaman ramai, pelawak berkenaan tampil bersemuka dengan warganet.
Pelawak wanita berkenaan, Siti Amira Natasha Abdullah muncul menerusi siaran langsung dalam saluran Youtube bersama teman lelakinya, Alex bagi menjawan soalan pengikut terutama berkaitan video kontroversi membabitkan dirinya petang semalam.
Dia yang dikenali sebagai Amy sedar akan video persembahannya tular dalam media sosial, namun wanita berkenaan enggan menjawab soalan berkaitan tindakan beraninya itu.
Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini mengakui dirinya sangat berbangga menjadi seorang beragama Islam.
“Saya berbangga menjadi seorang Islam,”ujarnya.
Malah, teman lelakinya turut menyifatkan Amy merupakan seorang wanita yang berpegang pada ajaran Islam dan mengatakan dirinya akan memeluk agama tersebut selain mereka berdua akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sementara itu, Alex menghalang Amy daripada menjawab soalan berkaitan video tular berkenaan kerana risau disalahtafsir ramai.
Pada masa yang sama, Alex menafikan kekasihnya gemar berbogel di depan khalayak ramai seperti dilakukannya dalam video kontroversi terbabit.
“Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khayalak,” jawabnya.
Hasil tinjauan juga mendapati akaun Youtube pasangan berkenaan dipenuhi dengan banyak perkongsian terbuka mengenai hubungan seksual selain memaparkan Amy berpenampilan mencolok mata dengan hanya memakai baju dalam.
Amy juga dilihat mengenakan tudung dan menutup aurat dengan baik dalam beberapa buah video lain yang berkongsi tentang tip dating untuk orang Malaysia.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita menanggalkan tudung pakaian di khalayak ramai di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Dalam video berkenaan, Amy mengaku dirinya berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran sehingga menerima cemuhan ramai.
Selain itu, ia turut mendapat perhatian serius pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan satu laporan polis tentang perbuatan wanita dalam video berkenaan juga sedang dalam siasatan polis.
Sumber: FMT , Facebook brahimsaleh Kediok
Kredit: ohmymedia