Teman Lelaki Ditahan, Wanita Hina Islam Bakal Disambung Reman

Teman Lelaki Ditahan, Wanita Hina Islam Bakal Disambung Reman
Share
Polis menahan teman lelaki pelawak wanita yang didakwa menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menahan lelaki itu di Kuala Lumpur pada Ahad.


"Lelaki tersebut direman selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Noorsiah berkata, pihaknya akan buat permohonan untuk menyambung reman suspek wanita yang ditahan pada Sabtu lalu, selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.


"Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan cadangan pertuduhan," ujarnya.


Terdahulu, video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai.


Sumber: Sinar Harian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel