“Gelek Ni Lah Beri Saya Makan” – Ifa Raziah Akui Dibayar Puluhan Ribu, Berdangdut Selepas Majlis Akikah

“Gelek Ni Lah Beri Saya Makan” – Ifa Raziah Akui Dibayar Puluhan Ribu, Berdangdut Selepas Majlis Akikah
Share

Baru-baru ini, tular mengenai satu video yang memaparkan sebuah majlis akikah yang dihadiri beberapa selebriti seperti Liana Rosli dan juga Ifa Raziah yang dikatakan telah ‘mencemarkan’ keberkatan majlis itu dengan aksi yang tidak senonoh.


Tampil menjelaskan perkara sebenar, Ifa Raziah yang dikenali dengan nyanyian bergenre dangdut itu berkata persembahannya itu telah diadakan selepas majlis akikah berkenaan.


Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha memaklumkan bahawa acara yang dihadirinya itu mempunyai dua sesi iaitu majlis akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.


“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.”


Dia yang ditemui media turut membidas kata-kata netizen berkenaan aksi geleknya menyanyi dangdut yang dikatakan ‘over’ dan melampaui batas.


“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan?”


Jelasnya lagi, ketika dia menjalankan tugas dan membuat persembahan, ustaz dan agamawan telah pun pulang dan isu mengenai dia merosakkan majlis akikah itu sebenarnya tidak patut ditimbulkan.


Dalam pada itu, Ifa juga merasakan bahawa tindakannya bergelek itu bukanlah satu masalah besar memandangkan dia sudah dibayar berpuluh-puluh ribu untuk melakukan tugas berkenaan.


Terdahulu, pelantun lagu Ser Ser Ser itu dikecam hebat kerana tampil bergelek sakan ketika membuat persembahan dalam satu majlis keagamaan akikah anak usahawan terkenal.


Sumber: Beautifulnara

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel